Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak sembilan struktur telekomunikasi di sekitar Putra Height terjejas susulan insiden letupan paip gas yang menyebabkan kebakaran besar pada 1 April lalu. Foto SKMM

9 struktur telekomunikasi terjejas akibat letupan paip gas di Putra Heights

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 8 April: Sebanyak sembilan struktur telekomunikasi di sekitar Putra Height terjejas susulan insiden letupan paip gas yang menyebabkan kebakaran besar pada 1 April lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan enam daripadanya dimiliki oleh UMobile, satu milik CelcomDigi dan dua milik Maxis.

Jelasnya, kesemua struktur telekomunikasi itu telah mengalami gangguan bekalan elektrik dan telah dipulihkan sepenuhnya pada hari kejadian oleh syarikat penyedia perkhidmatan (Telco).

“Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan Internet kepada para petugas dan mangsa yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Masjid Putra Heights, pihak Telco telah mengambil langkah segera dengan mengoptimumkan struktur sedia ada untuk memenuhi peningkatan keperluan perkhidmatan,” kata SKMM menerusi kenyataan media hari ini.

SKMM memaklumkan, pihaknya akan terus memantau secara rapi dalam memastikan kualiti perkhidmatan komunikasi kekal pada tahap terbaik buat mangsa yang berlindung di PPS tersebut.

Menurutnya, pihak Telco turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan sokongan kepada mangsa terkesan termasuk penggantian kad SIM dan peranti yang rosak, penyelarasan bil serta membuka kaunter perkhidmatan khas di lokasi itu.

“Selain itu, sebuah unit Mobile Cellular Vehicle (MCV) turut digerakkan ke lokasi bagi meningkatkan lagi kualiti liputan di kawasan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama SKMM memaklumkan Telekom Malaysia (TM) turut menyediakan kemudahan WiFi percuma di dua lokasi PPS sebagai langkah tambahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan