Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak wabak itu bermula, 30 kanak-kanak telah dimasukkan ke Hospital Universiti Klinikal Kanak-Kanak, dengan 14 daripadanya telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, menurut agensi berita LETA yang memetik wakil hospital. Foto hiasan Envato

6 kanak-kanak di ICU ketika jangkitan E. coli merebak di Latvia

ByBernama

RIGA (Latvia), 8 April: Wabak E. coli di Latvia telah menjangkiti puluhan orang, kebanyakannya kanak-kanak, dengan enam kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Klinikal Kanak-Kanak, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan pada Isnin.

Sejak wabak itu bermula, 30 kanak-kanak telah dimasukkan ke Hospital Universiti Klinikal Kanak-Kanak, dengan 14 daripadanya telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, menurut agensi berita LETA yang memetik wakil hospital.

Secara keseluruhan, sebanyak 57 kes E. coli disahkan di negara itu termasuk tujuh kes melibatkan orang dewasa.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) berkata pihaknya sedang menyiasat pelbagai kemungkinan punca wabak itu.

Pakar epidemiologi bekerjasama rapat dengan sekolah dan prasekolah yang terjejas serta pengamal perubatan am dalam memantau simptom usus yang serius.

Penemuan awal menunjukkan sekurang-kurangnya dua punca jangkitan.

Kementerian Kesihatan melaporkan penjujukan sampel pesakit menunjukkan terdapat pelbagai jenis bakteria daripada sumber berbeza.

CDC juga sedang berkoordinasi dengan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) bagi memberi panduan berhubung langkah mengekang penularan penyakit.

Menurut pakar, jangkitan tersebut dipercayai bermula di institusi pendidikan. Setakat ini, tiada petunjuk bahawa jangkitan merebak di luar lingkungan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan