Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat bersama 32 penerima cek MRP di Pusat Khidmat ADUN Mulu, Miri, hari ini. Foto TVS

32 penerima cek MRP untuk pembangunan di Mulu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 8 April: Seramai 32 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan dan kelab menerima cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM334,800 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat berkata, setakat ini sejumlah RM1,553,200.00 daripada peruntukan MRP bagi tahun 2025 telah diagihkan kepada pelbagai kumpulan sasaran di kawasan Mulu.

“Inisiatif ini merupakan usaha berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan kebajikan rakyat, terutamanya di kawasan pedalaman, terus diberi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia merupakan sesi ketiga yang diadakan tahun ini selepas penyerahan serupa di Marudi dan Bario.

Beliau turut menegaskan bahawa bantuan kewangan ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban masyarakat sekali gus sebagai dorongan agar pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih aktif.

“Projek-projek kecil yang dilaksanakan melalui JKKK dan persatuan mampu memupuk semangat perpaduan dan memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk membela nasib rakyat dan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

“Saya berharap agar semua penerima dapat melaksanakan projek masing-masing dengan segera dan secara berkesan demi manfaat komuniti setempat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan