Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya. Foto JBPM

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran setinggan di Bintulu

BINTULU, 7 April: Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan 17 unit rumah setinggan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong yang mengakibatkan 93 penghuni hilang tempat tinggal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dalam kejadian itu mangsa yang rentung dikenali sebagai Nuie Ipang berumur 77 tahun.

Bomba menerima panggilan sekitar jam 11.06 pagi dan segera menggerakkan sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dibantu BBP Bintulu ke lokasi kejadian.

“Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan struktur rumah jenis tidak kekal yang dibina berhampiran antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan.

Mayat wanita warga emas yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis pada jam 2.12 petang untuk tindakan lanjut.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.03 tengah hari, punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan