Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 terus menegaskan komitmennya terhadap integrasi kewangan serantau. Foto ASEAN

Tokoh terkemuka ASEAN, Asia bincang kesan serantau tarif diumum Trump

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 7 April: Forum Tokoh Terkemuka Serantau ASEAN (ARF EEPs) yang bermula di ibu negara hari ini dijangka akan membincangkan kesan serantau susulan tarif timbal balik terbaharu diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, perkara itu sejajar dengan keinginan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk satu tindak balas yang telah diselaraskan dan dipertimbangkan dengan teliti.

“(Ini) sekali gus memelihara kestabilan kawasan serantau.

“Kementerian ini melihat platform ini sebagai peluang strategik untuk mengetengahkan perspektif pakar dalam menyokong agenda diplomasi pencegahan ASEAN yang semakin berkembang,” kata Wisma Putra menerusi kenyataan media hari ini.

ARF EEPs ke-17 yang berlangsung sehingga esok akan dipengerusikan bersama oleh Pakar dan Tokoh Terkemuka Malaysia (EEP), Datuk Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah dan EEP Korea Selatan, Dr Choi Yoon Jung.

Tambah Wisma Putra, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 juga berhasrat menjadikan mesyuarat itu sebagai platform bagi mendapatkan pandangan dan saranan pakar-pakar dasar dan pemikir strategik dalam membina dasar lebih baik dan memacu kerjasama serantau.

“Perbincangan juga adalah tertumpu kepada penilaian semula Pelan Tindakan Diplomasi Pencegahan ARF, dinamika keselamatan serantau, serta langkah ke hadapan melalui sesi khas bertajuk “Beyond 30: Revitalising the ARF.

“Hasil perbincangan ini akan digunakan bagi merangka keutamaan Malaysia dalam tonggak politik-keselamatan ASEAN serta menyumbang secara bermakna kepada perbincangan ARF pada masa hadapan,” kata Wisma Putra. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan