Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata negara anggota ASEAN perlu mengukuhkan daya tahan, meningkatkan kerjasama dan memajukan lagi integrasi ekonomi serantau. Foto BERNAMA

Tarif AS beri cabaran dan juga peluang kepada ASEAN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Pengumuman tarif oleh Washington baru-baru ini akan mengubah dinamik perdagangan dan persekitaran operasi yang boleh mempengaruhi naratif pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberikan cabaran dan juga peluang kepada ASEAN.

Justeru, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata negara anggota ASEAN perlu mengukuhkan daya tahan, meningkatkan kerjasama dan memajukan lagi integrasi ekonomi serantau.

“Walaupun kita terus komited terhadap perdagangan antarabangsa, memupuk kerjasama lebih kukuh sesama anggota ASEAN akan membuka jalan kepada komuniti ASEAN yang lebih berdikari dan berdaya tahan,” katanya menerusi ucapan perasmian persidangan Meja Bulat Pelabur ASEAN: Memanfaatkan Peluang untuk Memajukan Inisiatif Iklim ASEAN, di sini, hari ini.

Walaupun setakat ini ASEAN berada di landasan untuk menjadi blok keempat terbesar menjelang 2030 dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus melepasi purata global, Amir Hamzah berkata blok itu tidak boleh terlalu leka.

Beliau berkata landskap ekonomi global sedang berkembang pesat dengan jangkaan turun naik ekonomi dan pasaran kewangan yang lebih tinggi.

“Negara-negara ASEAN semakin berdepan dengan situasi sukar akibat perubahan iklim yang mengakibatkan kesan kemusnahan kepada ekonomi dan mata pencarian kita.

“Kita mengalami bencana alam yang lebih kerap dan teruk seperti banjir, kemarau dan taufan, menyebabkan kerugian berbilion-bilion kepada ekonomi setiap tahun. Apabila cabaran berkaitan iklim ini semakin getir, ekonomi ASEAN berisiko kehilangan sehingga 11 peratus daripada KDNKnya menjelang 2100 jika tiada langkah berkesan diambil,” katanya.

Persidangan Meja Bulat itu diadakan sempena Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan selama empat hari, bermula hari ini.

Mesyuarat persediaan bagi AFMGM ke-12 bermula pagi ini apabila para pegawai kanan mula memuktamadkan dokumen untuk dibincangkan oleh menteri lewat minggu ini, dengan penekanan utama untuk meningkatkan integrasi kewangan serantau.

Dipengerusikan oleh Malaysia, siri mesyuarat itu dimulakan dengan Mesyuarat Timbalan Menteri Kewangan ASEAN dan Mesyuarat Timbalan Gabenor Bank Pusat ASEAN.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan