Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting pada sidang media sempena Program Lukisan Lantai Mural 3D di Taman Bulatan Skate Park di Miri, hari ini. Foto TVS

Taman Bulatan Miri terus diperindah, sedia ruang rekreasi moden

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 7 April: Kerja-kerja menaik taraf Taman Bulatan Miri diteruskan melalui kerjasama erat antara Majlis Bandaraya Miri (MBM), Kerajaan Sarawak dan Kumpulan Syarikat Shin Yang Berhad dalam usaha menyediakan ruang rekreasi yang lebih moden dan kondusif untuk warga Miri.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata projek penambahbaikan tersebut merupakan kesinambungan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya sangat berbesar hati dan bangga berada di sini hari ini untuk melihat bagaimana usaha menambah baik Taman Bulatan diteruskan secara menyeluruh demi menjadikan Miri sebuah tempat yang lebih selesa untuk didiami,” katanya pada sidang media sempena Program Lukisan Lantai Mural 3D di Taman Bulatan Skate Park di sini, hari ini.

Sebastian turut berkata bahawa peluasan taman sepanjang 1.7 kilometer telah pun siap, menjadikan jumlah keseluruhan trek joging di taman tersebut sepanjang 2.5 kilometer, menjadikannya antara trek terpanjang di Miri.

“Projek ini bermula sejak 2019 dengan peruntukan RM1 juta di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang melibatkan tiga komponen iaitu naik taraf taman permainan dan alat kecergasan berjumlah RM300,000, lampu dan perabot taman serta trek joging berjumlah RM300,000 dan peluasan taman berjumlah RM400,000,” katanya lagi.

Tambahnya, fasa pertama taman luncur juga telah siap dibina dan kini dalam proses pengundian rekaan bagi mencantikkan lagi kawasan tersebut.

“Seluruh kawasan taman luncur tersebut hanya dapat dilihat dengan jelas dari pandangan atas, meliputi keluasan keseluruhan 2,224.74 meter persegi,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan