Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakak kepada salah seorang mangsa yang maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong pagi Ahad tidak menyangka sambutan Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir bersama adik tersayang. Foto Nor Azimah Che Norallasahlilaputera

Tak sangka Aidilfitri terakhir bersama adik – Waris

ByBernama

TAIPING, 7 April: Kakak kepada salah seorang mangsa yang maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong pagi Ahad tidak menyangka sambutan Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir bersama adik tersayang.

Nor Azimah Che Norallasahlilaputera, 36, berkata beliau yang menetap di Pulau Pinang sempat pulang beraya bersama adiknya Allahyarham Mohd Suhaimi, 29, di rumah ibu bapa mereka di Kampung Sumpitan, beberapa hari lalu.

“Arwah adik bongsu daripada tujuh beradik. Dia tinggal dengan mak dan ayah di kampung. Tak ada apa-apa kelakuan pelik pun. Cuma sempatlah kami bersalaman pagi raya. Tahun ini semua adik-beradik balik, semua cukup…siapa sangka itu kali terakhir,” katanya sebak ketika dihubungi malam Ahad.

Menurut Nor Azimah pertemuan terakhir mereka adalah pagi Ahad sebelum Mohd Suhaimi keluar ke tempat kerjanya.

Beliau berkata keluarga mereka akan ke Jabatan Forensik Hospital Taiping pagi ini bagi menuntut jenazah adik tercinta.

Mohd Suhaimi meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia dua tahun.

Terdahulu, tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di tapak pembinaan  sebuah resort baharu di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun disahkan maut di lokasi kejadian, manakala lelaki warga Indonesia itu meninggal dunia di Hospital Gerik.

Mayat kedua-dua mangsa tempatan dihantar ke Hospital Taiping sekitar  pukul 7.30 malam dan dijangka dibedah siasat hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan