Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban akibat ribut kuat yang melanda wilayah Midwest dan selatan Amerika Syarikat meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 nyawa, lapor agensi berita Jerman dpa memetik media tempatan. Foto media sosial

Sekurang-kurangnya 20 maut akibat ribut di Amerika Syarikat

ByBernama

WASHINGTON, 7 April: Angka korban akibat ribut kuat yang melanda wilayah Midwest dan selatan Amerika Syarikat meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 nyawa, lapor agensi berita Jerman dpa memetik media tempatan.

Di Georgia, seorang bapa dan anak lelakinya maut dihempap pokok di sebuah padang golf pada Ahad, lapor ABC News yang memetik sumber polis.

Sebanyak 18 lagi kematian berkaitan ribut dilaporkan sejak Rabu lalu di negeri Tennessee, Missouri, Kentucky, Indiana, Arkansas dan Mississippi.

Sementara itu, 90 puting beliung direkodkan di seluruh negara menjelang Ahad.

Hujan lebat yang berterusan turut menyebabkan beberapa sungai melimpah dan mengakibatkan banjir di banyak kawasan.

Perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan amaran berhubung keadaan banjir yang boleh mengancam nyawa.

Keadaan bertambah buruk sepanjang hujung minggu, khususnya di Kentucky.

Gabenor Andy Beshear mengisytiharkan darurat di negeri itu.

Di Covington, beberapa jalan raya ditenggelami air manakala di Frankfort, Sungai Kentucky dilaporkan hampir mencapai paras 15 meter, menurut pihak berkuasa bandar.

Ribut turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Sehingga Isnin, kira-kira 80,000 kediaman di negeri-negeri terjejas masih mengalami gangguan elektrik, menurut laman sesawang Poweroutage.us.

Trafik udara turut terjejas dengan media tempatan melaporkan kira-kira 4,000 penerbangan mengalami kelewatan manakala 150 lagi penerbangan dibatalkan pada Ahad.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan