Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar berucap sempena perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. Foto, Facebook Anwar Ibrahim.

Rasuah, ketirisan penjawat awam belum selesai – PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui isu ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat awam masih berlaku.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, beliau menggesa agar kumpulan berkenaan mencari jalan supaya langkah reformasi perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan dapat mencapai matlamat kerana isu itu tidak boleh diambil ringan.

“Masih ada kecuaian, ketirisan dan laporan-laporan rasuah dalam kalangan penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadilah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menteri Kabinet lain yang turut hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan ketua-ketua jabatan serta kementerian agar sentiasa berwaspada dalam memastikan matlamat kerajaan untuk menyelamatkan negara dan bangsa dapat dicapai sepenuhnya.

Kata Perdana Menteri lagi, antara perkara utama yang harus diberi perhatian ialah usaha membina kesatuan dan fokus dalam semangat Malaysia Madani.

“(Ini) berpaksikan kekuatan akidah, akhlak, serta kebijaksanaan fiskal dan ekonomi,” ujarnya.

Pada masa sama beliau mahu isu penting seperti kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital juga perlu diberi perhatian serius agar generasi muda dapat dilengkapkan dengan kemahiran masa depan.

“Tapi, perbincangan ini nampak tidak begitu menarik, walhal faktor itu boleh selamatkan kita, kecerdasan buatan (AI), transformasi digital bagi menentukan kita lebih cekap, selamat dan maju.

“Hal ini seharusnya kita renungkan, AI untuk rakyat, kita tekankan, sama ada berhasil atau tidak, itu terserah kepada kita semua,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan