Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman di sini dua hari lepas, awal pagi tadi. Foto hiasan Envato

Polis tahan lelaki disyaki bawa lari remaja OKU

ByBernama

MELAKA, 7 April: Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman di sini dua hari lepas, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata peniaga berumur 40 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa itu ditahan kira-kira 4 pagi tadi di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata suspek yang tinggal di sini mengaku membawa gadis berumur 17 tahun itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan soal siasat juga mendapati gadis itu tidak mengenali suspek.

Christopher berkata kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.

Beberapa media semalam melaporkan seorang remaja OKU dilaporkan hilang pada 5 April selepas keluar bermain di taman permainan berhampiran rumahnya dan dipercayai dibawa lari dengan menaiki Perodua Kelisa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan