Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria Ahmed al-Sharaa atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu. Foto Anwar Ibrahim (TVS)

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Syria atas pembentukan kerajaan baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria Ahmed al-Sharaa atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu.

Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar berkata Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan dua hala khususnya dalam bidang ekonomi, dan bersedia menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria.

“Presiden al-Sharaa juga telah menjemput saya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya.

Pada 29 Mac lepas, Syria secara rasmi mengumumkan barisan Kabinet baharu dengan Presiden Ahmed al-Sharaa menegaskan komitmen kerajaan untuk membangunkan semula institusi negara berlandaskan kebertanggungjawapan dan ketelusan, lapor Anadolu Ajansi.

Sebelum ini kerajaan sementara yang diketuai Perdana Menteri Mohammed al-Bashir telah dilantik untuk tempoh tiga bulan selepas rejim Bashar al-Assad digulingkan oleh pasukan anti-rejim yang dipimpin oleh al-Sharaa pada Disember lepas.

Al-Sharaa kemudiannya diumumkan sebagai Presiden bagi tempoh peralihan pada akhir Januari.

Assad yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik pada 8 Dis, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang telah berkuasa sejak 1963. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan