Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjawat awam perlu diberikan pendedahan dalam teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap konsultan luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Fadillah Yusof (FB)

Penjawat awam diberi pendedahan teknologi baharu, kurangkan kebergantungan konsultan luar – Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 April: Penjawat awam perlu diberikan pendedahan dalam teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap konsultan luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tuntutan semasa memerlukan penjawat awam untuk berubah, dan potensi yang dimiliki oleh setiap daripada mereka perlu dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

Mengimbau sekitar era 80-an hingga 90-an, beliau berkata tahap kecekapan dan keputusan termasuk fiskal, ekonomi, kewangan dan projek dilaksanakan hampir keseluruhannya oleh penjawat awam dengan penyertaan konsultan yang minimum.

“Saya lihat projek-projek itu dijalankan dengan baik, maknanya jika diberikan penekanan dan latihan, penjawat awam mampu lakukan, tetapi semasa saya mengambil alih jawatan, saya lihat terlalu banyak kebergantungan kepada konsultan asing dan konsultan luar.

“Jadi, saya anjurkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar kita lakukan anjakan semula dan kalau ada kekurangan, kita latih penjawat awam yang muda untuk berikan mereka kepakaran, kemahiran, keterampilan agar dapat memenuhi keperluannya,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam mantan KSN dan apresiasi pasukan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di sini malam ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji bekas KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali serta barisan penjawat awam yang menjalankan tugas secara profesional sejak beliau memasuki pejabat Perdana Menteri pada November 2022.

“(Mohd Zuki dan penjawat awam) berkhidmat untuk kerajaan masa itu dengan kesetiaan dan komitmen serta memberikan kerjasama sepenuhnya. Jadi, saya selesa dari jam pertama sebagai Perdana Menteri,” kata Anwar.

SSPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa pada 1 Dis 2024 mengutamakan prestasi perkhidmatan awam dan mendahulukan kebajikan penjawat awam.

Ia dirangka sebagai satu sistem saraan yang berteraskan kepada aspek prestasi selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan KSN Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Selain Mohd Zuki, hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan