Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Len Talif menyerahkan cek pampasan tanah bagi cadangan projek pembinaan jalan raya di penempatan seberang Sarikei. Foto TVS

Penduduk Seberang Sarikei nikmati perhubungan lebih baik

SARIKEI, 7 April: Penduduk tiga penempatan di Seberang Sarikei bakal menikmati perhubungan yang lebih baik apabila kerajaan akan membina jalan raya dan perkhidmatan feri untuk kegunaan penduduk di kawasan itu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, jalan raya itu tidak sekadar berfungsi sebagai laluan penghubung, malah turut dirancang menjadi ban sekali gus menyokong sistem perparitan moden bagi menjana sektor pertanian di kawasan berkenaan.

Projek jalan dan feri pacu pembangunan luar bandar di Seberang Sarikei | TVS

Tiga penempatan itu ialah Parit Bugis, Bukit Huang dan Muara Payang yang masing-masing dihuni kaum Melayu –Bugis, Cina dan Iban.

“Jalan ini akan berfungsi sebagai ban untuk membantu penduduk menjana pendapatan melalui pertanian. Pada masa yang sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) juga sudah peruntukan bagi pembinaan primeter ban untuk keseluruhan kawasan.

“Langkah ini dibuat agar taman agro yang dicadangkan menelan kos RM250 juta dapat dilaksanakan dalam masa yang sama,” katanya kepada media selepas menyempurnakan penyerahan cek pampasan tanah bagi cadangan projek pembinaan jalan raya di penempatan seberang Sarikei, pada Isnin.

Len Talif berkata, projek itu dilihat sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sektor pertanian, dengan sistem saliran yang lebih baik serta kemudahan pengangkutan yang efisien, hasil tani dari kawasan berkenaan dapat dipasarkan dengan lebih mudah dan cepat.

Inisiatif itu ujarnya, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, serta memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan negara.

Pampasan yang keseluruhannya berjumlah RM644,995.60 itu diserahkan kepada 51 orang penerima dengan tanah seluas 32.7 hektar.

Menyentuh perkembangan projek RADDA, Len Talif menjelaskan, lebih 80 projek yang dicadangkan kini berada pada peringkat jururunding dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini.

Projek-projek berkenaan katanya, adalah sebahagian usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk merancakkan pembangunan di kawasan luar bandar serta meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di bawah pentadbiran RADDA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan