Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing menyifatkan penglibatan pasukan penyelamat China dalam menangani kesan bencana gempa bumi sebagai lambang persahabatan 'pauk-phaw' yang terjalin antara kedua-dua negara. Foto fail AFP

Pemimpin Myanmar hargai sumbangan pasukan penyelamat China

ByBernama

MANDALAY, 7 April: Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing menyifatkan penglibatan pasukan penyelamat China dalam menangani kesan bencana gempa bumi sebagai lambang persahabatan ‘pauk-phaw’ yang terjalin antara kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pasukan Mencari dan Menyelamat China, Pasukan Mencari dan Menyelamat Antarabangsa China serta pasukan penyelamat dari wilayah Hong Kong China di Mandalay pada Ahad.

Min Aung Hlaing merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tiga pasukan itu dan memuji kecekapan mereka dalam menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berharap kedua-dua negara terus memperluas kerjasama dalam tindak balas kecemasan serta pencegahan dan pengurangan bencana.

Dalam perkembangan lain, pasukan penyelamat China mengerahkan lebih 20 pakar perubatan dan jururawat untuk menawarkan perkhidmatan perubatan secara percuma kepada mangsa gempa bumi di Mandalay.

Selain itu, lapan pakar kejuruteraan struktur dari China turut menyertai kerja penilaian tahap keselamatan pascagempa bumi terhadap lebih 800 bangunan dan infrastruktur awam.

Setakat Ahad, pasukan penyelamat China berjaya menyelamatkan sembilan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan bencana.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan