Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad (kanan) mengiringi pelepasan Pegawai Bomba Kanan (PKB) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa untuk menjayakan Projek Pendakian Amal Bomba de Everest "Mencari Hati Emas" 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. Foto Bernama

Misi tawan Everest, ‘abang’ bomba berlepas ke Nepal malam ini

ByBernama

SEPANG, 7 April: Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa bakal berlepas ke Nepal malam ini bagi melaksanakan misi pendakian Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest ‘Mencari Hati Emas’ 2025.

Selain pencapaian peribadi, projek berkenaan juga bertujuan mengumpul dana bagi membantu anggota bomba yang tercedera atau terkorban sewaktu menjalankan tugas dan mereka yang masih dalam perkhidmatan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad menyifatkan usaha Mohd Fakhrul Munir sebagai suatu pengorbanan yang amat besar memandangkan beliau membawa nama jabatan dan negara ke persada dunia.

“Beliau telah secara sukarela mengambil cuti tanpa gaji bagi membolehkan persiapan rapi dibuat sebelum sampai ke peringkat akhir ini. Dan apabila beliau ambil cuti tanpa gaji ini, kita tahu bahawa pendapatan beliau tiada.

“Jadi kita doakan sama-sama saudara Fakhrul akan dipermudahkan perjalanan dan urusannya, agar pendakian lancar dan selamat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Pendakian Bomba De Everest di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di sini hari ini.

Mohd Fakhrul Munir, 43, yang berasal dari Sik, Kedah merupakan Anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) di Pangkalan Udara Wilayah Tengah, JBPM dan berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia pendakian.

Kini bersedia secara fizikal dan mental, Mohd Fakhrul Munir menyifatkan segala persiapannya juga lancar dengan pengalaman mendaki sebelum ini di dalam dan luar negara banyak membantu beliau menyesuaikan diri dengan pendakian altitud tinggi.

“Setibanya di Kathmandu, saya akan melakukan beberapa pendakian terlebih dahulu untuk membiasakan diri bagi mengelak penyakit ketinggian atau acute mountain sickness (AMS) dan dijangka berada di Nepal selama dua bulan sebelum memulakan pendakian amal ini ke Gunung Everest.

“Pada Februari lepas saya tawan Gunung Kilimanjaro di Tanzania yang berketinggian 5,895 meter dari aras laut.

Pengalaman di sana juga membantu saya menyesuaikan diri dengan ketinggian, terutamanya dari segi pernafasan, selera makan dan pola tidur,” katanya.

Projek berkenaan mendapat sokongan penuh daripada pengurusan tertinggi JBPM dan dianjurkan bersama Kelab Kembara Kosmopolitan, Gedung Penawar Sdn Bhd dan Kumpulan Al Baghdadi Group Sdn Bhd.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan