Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Facebook Anwar Ibrahim.

Masih ada ruang runding tarif diumum Trump – PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 April: Malaysia masih mempunyai ruang untuk perbincangan dan perundingan terhadap pengumuman tarif timbal balik ke atas eksport Amerika Syarikat (AS) oleh Presiden Donald Trump baru – baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata kerajaan tidak boleh mengambil enteng akan pengumuman berkenaan.

Ruang rundingan tarif masih ada – Anwar | TVS

“Walaupun kita tahu ini suatu yang agak aneh sebab di antara negara yang paling kuat mendukung semangat perdagangan bebas, penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) sebelumnya adalah negara kaya termasuk dan utamanya Amerika Syarikat (namun) keadaan berubah.

“Sebab itu saya kata pasca normal ini kadang-kadang melihat beberapa kebijakan politik dan ekonomi yang tidak terjangka.

“Pertamanya menentukan apa yang diputuskan secara terperinci, kerana kenyataan itu umum dan ruang untuk perbincangan dan perundingan masih ada,” katanya dalam ucapan sempena Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan April tahun 2025 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Anwar berkata ekonomi negata dijangka kekal berdaya tahan, selain tidak akan mengalami kemelesetan, walaupun terdapat kemungkinan kesan negatif akibat pengenalan tarif baharu berkenaan.

Anwar bagaimanapun berkata unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini perlu dikaji semula jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan.

Jelasnya, dari sudut pandangan ekonomi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus perlu dikaji semula jika tarif 24 peratus dikenakan.

Dalam majlis sama, Anwar menganjurkan agar negara-negara ASEAN teguh sebagai satu kelompok kuasa Asia Tenggara bagi menegaskan pendirian terhadap pengumuman tarif oleh Trump.

“Saya juga bincang panjang dengan Perdana Menteri Vietnam (Phạm Minh Chính) dan sebelum itu menghubungi (pemimpin) Filipina, Brunei, Laos, Thailand untuk menyatakan kita ada pendirian masing-masing tetapi kita gunakan kekuatan hubungan untuk diselaraskan supaya ASEAN sebagai satu kelompok berdiri tegap dan mengemukakan pandangan yang menunjukkan ada kesepakatan.

“Jadi asas untuk perundingan itu (mengenai tarif Trump) akan lebih kukuh,” katanya lagi.

Semalam, Anwar dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ada membincangkan mengenai isu serantau yang penting termasuk tarif baharu yang diterapkan AS) terhadap negara ASEAN.

Tambah beliau, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN, Khamis depan.

Jelasnya, mesyuarat itu akan digerakan bagi menetapkan pendirian diantara negara-negara ASEAN berhubung penetapan tarif yang dijangka memberikan kesan terhadap ahli-ahlinya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan