Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Siam Malaysia akan menganjurkan Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan pada 11 hingga 13 April ini.

KPN anjur Majlis Perayaan Songkran 11 hingga 13 April ini

ByAkma Salleh

PUTRAJAYA, 7 April: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Siam Malaysia akan menganjurkan Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan pada 11 hingga 13 April ini.

KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu akan diadakan di Dewan Songkran, Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak dan perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

“Majlis Perayaan Songkran adalah perayaan utama dan penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Bumiputera Siam di Malaysia, menandakan kedatangan tahun baharu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

“Sambutan ini juga sarat dengan nilai budaya bagi memperkenalkan tradisi, seni, dan budaya etnik minoriti Siam di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Perayaan Songkran merupakan platform penting bagi memperkenalkan adat resam dan budaya masyarakat Siam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia juga sejajar dengan matlamat Kerajaan MADANI dalam membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia.

“Perayaan ini dapat mengeratkan hubungan pelbagai etnik di samping memahami dan memperkasa perpaduan masyarakat Malaysia dengan bersama-sama meraikan perayaan dalam suasana harmoni” katanya.

Program tiga hari itu turut diserikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan tradisional Songkran, pameran budaya dan makanan tradisional, pertunjukan kebudayaan (tarian, seni dan muzik), pertandingan permainan tradisional, aktiviti mandi air (water splashing) dan aktiviti sosial dan kesenian bersama komuniti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan