Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran baharu selaras dengan hasrat kerajaan negeri menerajui penggunaan tenaga alternatif di negeri itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad.

KP JBPM arah bomba Sarawak siap siaga hadapi cabaran baharu

SIBU, 7 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran baharu selaras dengan hasrat kerajaan negeri menerajui penggunaan tenaga alternatif di negeri itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata selaras dengan komitmen kerajaan Sarawak untuk menerajui ekonomi hidrogen hijau dan menjadi hab tenaga boleh diperbaharui, JBPM perlu memberi perhatian khusus kepada aspek keselamatan dalam projek pembangunan tenaga ini.

“Pembinaan projek mega seperti stesen bahan api pelbagai, Hab Hidrogen (H2) Sarawak, Sistem Transit Aliran Rel Autonomi (ART), serta pertumbuhan industri minyak dan gas yang pesat, memerlukan pendekatan holistik dan tindakan proaktif daripada JBPM,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Othman Abdullah di Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024, serta penyampaian sijil perkhidmatan kepada pegawai bomba Sarawak, di sini hari ini.

Nor Hisham turut mengumumkan pembinaan dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu di Engkilili dan Dalat akan dimulakan tahun ini, selain projek sambungan BBP Sungai Asap dan BBP Tatau yang akan dilaksanakan dalam tempoh sama.

Beliau berkata inisiatif ini adalah sebahagian usaha berterusan JBPM untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepat masa respons kecemasan, terutama di kawasan pedalaman yang menghadapi cabaran geografi.

Nor Hisham berkata pada masa yang sama usaha pembelian bangunan untuk BBP Kota Sentosa di Kuching turut dipergiatkan bagi memperkukuh kehadiran JBPM di kawasan itu, dengan keseluruhan projek itu melibatkan peruntukan RM42 juta di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), dan RM4.9 juta akan disalurkan tahun ini.

Beliau turut meminta Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran dan pasukannya memastikan pemantauan berterusan bagi menjamin projek siap mengikut jadual.

Sebanyak 33 pegawai menerima Pingat Perkhidmatan Bomba, 98 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 10 pegawai bomba bantuan menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji dalam majlis hari ini, manakala 112 pegawai lagi menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun sebagai penghargaan terhadap jasa mereka. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan