Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Foto Bernama

Kerajaan sedang laksana langkah kukuh atasi kesan tarif AS – Tengku Zafrul

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April:  Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata beberapa langkah sedang dilakukan kerajaan, termasuk oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), untuk mengatasi implikasi tarif yang dikenakan oleh AS.

“Antaranya adalah pengaktifan Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), dengan MITI sedang menjalankan kajian impak sektor yang menumpukan kepada sektor eksport utama ke AS. Hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada NGCC, yang dijangka bersidang tidak lama lagi,” katanya pada sidang media mengenai kesan tarif AS di sini, Isnin.

Beliau berkata MITI juga telah menubuhkan pasukan petugas untuk menguruskan tarif AS, menyasar untuk mengumpul maklum balas daripada kalangan pihak berkepentingan utama termasuk wakil daripada sektor swasta.

Pasukan petugas itu berusaha untuk meminimumkan kesan tindakan unilateral AS terhadap eksport dan pelaburan Malaysia, katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan