Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kedai cuci kereta 24 jam di Jalan Tan Sri Dato Amar Wee Boon Ting terbakar malam tadi. Foto JBPM

Kedai cuci kereta 24 jam terbakar

KUCHING, 7 April: Sebuah kedai cuci kereta 24 jam di Jalan Tan Sri Dato Amar Wee Boon Ting terbakar malam tadi.

Komander Operasi, Kana Tawi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.05 malam dengen meggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi yang dilaporkan, didapati sebuah kedai cuci kereta 24 jam terbakar kira-kira 80 peratus.

“Pihak bomba melakukan size up terlebih dahulu untuk menilai kebakaran yang berlaku dan seterusnya menggunakan satu aliran hos kecil dan satu alat salur bantu mula untuk memadam kebakaran berkenaan,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Katanya, selepas api dipadamkan sepenuhnya, pihak bomba turut melakukan pemeriksaan bagi memastikan api tidak merebak ke tempat lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan