Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan media sosial

Kebakaran Putra Heights: 41 masih dirawat di hospital awam dan swasta – KKM

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 April: Sebanyak 41 daripada 149 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah tersebut, 19 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan, manakala 22 lagi di kemudahan kesihatan swasta.

“Tiada mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini,” menurut data harian yang dikeluarkan oleh KKM.

Dilaporkan terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang.

Menurut KKM, seramai 108 pesakit telah discaj dari kemudahan kesihatan awam dan swasta.

KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di pos kawalan tempat kejadian dengan 88 individu menerima intervensi MHPSS.

Sebanyak tujuh pasukan, yang terdiri daripada 25 anggota petugas kesihatan, dipertanggungjawabkan untuk memberikan sokongan MHPSS kepada mangsa kejadian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan