Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia mempunyai daya tahan ekonomi yang kukuh dan berupaya untuk menampung gelombang ekonomi yang tidak menentu dalam jangka pendek, sederhana dan panjang. Foto fail TVS

Ekonomi Malaysia kukuh hadapi gelombang ekonomi – PM Anwar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 7 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia mempunyai daya tahan ekonomi yang kukuh dan berupaya untuk menampung gelombang ekonomi yang tidak menentu dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, kerajaan juga akan terus melipat ganda usaha memelihara dan memastikan akses pasaran tidak terjejas.

Menurut beliau, Perdana Menteri juga memberi komitmen untuk terus menarik pelaburan asing dan meneruskan agenda reformasi ekonomi serta industri bagi menyokong rantaian bekalan negara.

“Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan tentang langkah proaktif yang telah, sedang dan bakal diambil berasaskan kepada pendekatan ‘Whole of Nation’ termasuklah pengaktifan semula Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Jelas Tunku Nashrul, langkah proaktif lain ialah penubuhan pasukan petugas oleh MITI untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada industri, mesyuarat khas menteri-menteri ekonomi ASEAN dan rundingan strategik peringkat tertinggi secara langsung dengan Amerika Syarikat (AS).

“Perdana Menteri juga akan memanjangkan perbincangan bersama ketua-ketua negara Asean mengenai isu tarif Asean kerana memerlukan rundingan yang lebih menyeluruh bagi membawa suara komuniti rantau ini,” katanya.

Tambah beliau Anwar juga dijangka akan bertemu dengan para pelabur ASEAN pada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Asean (AFMGM) ke-12 dan menyampaikan ucaptama di Persidangan Pelaburan ASEAN, esok.

“Beliau dijangka akan memberi penekanan terhadap keperluan negara-negara ASEAN membentuk satu kesepakatan dalam mengukuhkan lagi soal ekonomi dan perdagangan di rantau ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan