Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MARA sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.

Dakwaan kes buli di MRSM, MARA lakukan siasatan

GEORGE TOWN, 7 April: Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.

Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta pegawainya melakukan siasatan segera sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku di institusi itu.

Katanya, MARA tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya kejadian berkenaan benar melibatkan pelajar MRSM.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, ‘you touch, you go’ (kamu sentuh, kamu pergi).

“Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi seminit 32 saat yang memaparkan dua remaja lelaki menindih seorang remaja di atas katil.

Salah seorang daripada mereka turut dilihat memukul badan mangsa menggunakan objek disyaki tali pinggang.

Menurut pengguna media sosial, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah MRSM di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan