Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot bersama kru diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut. Foto Maritim Malaysia

Bot rekreasi gagal kemuka lesen ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 7 April: Sebuah bot rekreasi memancing yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu dalam rondaan, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot berkenaan dikesan sekitar pukul 9.50 pagi di kedudukan 4.3 batu nautika utara Kuala Kemena oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk lesen bot. Bot berkenaan dikendalikan oleh seorang kru lelaki warga tempatan berusia 26 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Bot 1953 kerana gagal mempamerkan dan mengemukakan dokumen serta lesen sah, yang jika disabitkan boleh dikenakan denda atau kompaun.

“Bot bersama kru telah diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan