Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM (FB)

BAC 2025: Wan Arif-Roy King sasar layak ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Pemain beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King menyasarkan sekurang-kurangnya layak untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China yang membuka tirainya esok.

Wan Muhammad Arif berkata segala persiapan yang dilakukan bersama pasangannya berjalan baik seperti yang dirancang, sambil berharap ia dapat membantu mereka mencapai sasaran berkenaan.

“Persiapan kami sama seperti sebelum ini dan harap tiada apa-apa yang luar jangkaan berlaku sebelum BAC nanti. Kami juga sasar untuk mara ke peringkat suku akhir, dan harap mampu melakukan kejutan ketika menentang pasangan terbaik dari negara lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pasangan yang berada di ranking ke-19 dunia itu akan membuka tirai kempen BAC menentang pasangan Singapura Wesley Koh-Junsuke Kubo di pusingan pertama.

Sekiranya berjaya melangkah ke pusingan kedua, tugas sukar menanti pasangan negara itu apabila dijadual bertemu pilihan kedua kejohanan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang diramal tidak berdepan masalah menundukkan gandingan Taiwan Fan Jen Lee-Fang Jen Lee di pusingan pertama.

Sementara itu ketika ditanya berkenaan ketiadaan pasangan utama India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, Wan Arif berkata beliau berpandangan ia tidak memberi kesan besar kepada pasangan negara.

“Bagi saya ketiadaan mereka (Rankireddy-Chirag) tidak beri kesan besar kepada pasangan Malaysia sebab ini kejohanan Asia dan tidak ada pemain Eropah.

“Seperti kita tahu, pasangan dari asia juga kuat, jadi kita tidak boleh pandang rendah terhadap sesiapa dan perlu bersedia sepenuhnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan