Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari. Foto fail Bernama

Alia Sazana terima rekod dunianya tidak diiktiraf, sasar emas Sukan SEA 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari tidak terkilan selepas rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita yang beliau cipta pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok, Februari lepas tidak diiktiraf sebagai rekod dunia.

Atlet berusia 33 tahun itu berkata keputusan Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) tidak mengiktiraf rekod tersebut, diterimanya dengan hati terbuka memandangkan kejohanan tersebut tidak disertai penembak profesional dari seluruh dunia.

“Ia dijustifikasikan kerana kita di Piala Asia yang hanya atlet Asia bertanding, jadi sebagai rekod dunia tidak sah kerana kita tidak bertanding dengan wakil negara lain di dunia.

“Saya terimanya dan faham akan perkara itu dengan baik, tetapi Alhamdulillah negara Asia memperakui rekod itu,” katanya ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini, Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Mejar (B) Jasni Shaari berkata persatuan tidak akan membuat sebarang rayuan kepada ISSF, untuk mengiktiraf rekod berkenaan sebagai rekod dunia.

Alia Sazana memecahkan rekod Asia sekali gus membawa pulang pingat emas dalam acara 25m pistol wanita pada kejohanan tersebut Lapang Sasar Menembak SAT.

Beliau membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, sekali gus memadamkan rekod Asia iaitu 41 hit yang dicipta penembak Korea Selatan Yang Jiin pada Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.

Alia Sazana dalam masa sama menyifatkan pengalaman diraihnya pada kejohanan tersebut merupakan kenangan cukup bermakna sejak mewakili skuad kebangsaan 13 tahun lepas dan kini mengalihkan fokus bagi membidik emas Sukan SEA 2025 di Bangkok, Disember tahun ini.

“Ia bukan mengenai pingat atau rekod, tentunya ia pencapaian terbaik yang saya pernah capai dalam hidup saya, dan ia mengenai keadaan saya di sana ketika final iaitu suatu yang saya tidak pernah jangka untuk berlaku,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan