KUCHING, 7 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang melakukan kunjungan Aidilfitri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu di Damai Jaya Santubong, di sini, malam ini.
Ketibaan mereka disambut mesra oleh Jamilah dan anaknya, ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan.
Pada kunjungan itu, Abang Johari dan isteri turut bergambar bersama seluruh keluarga terdekat Jamilah yang hadir termasuk tetamu kehormat yang lain.
Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS