Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pemandu lori di Taman Bistari, Nibong Tebal di sini semalam direman di Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal hari ini. Foto TVS.

6 direman kes serang lelaki dengan parang, topi keledar

NIBONG TEBAL, 7 April: Seramai enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pemandu lori menggunakan parang dan topi keledar di Taman Bistari, Nibong Tebal di sini semalam direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia di antara 25 hingga 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad di Mahkamah Majistret Jawi di sini bermula hari ini sehingga 11 April depan.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori, pengawal keselamatan dan penjaga stor itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kesemua suspek ditahan di enam lokasi berasingan sekitar Nibong Tebal antara pukul 2.30 petang hingga 11.15 malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira 3.30 pagi semalam itu, mangsa berusia 26 tahun yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya didatangi suspek yang bersenjatakan parang dan topi keledar sebelum bertindak menyerangnya.

Mangsa yang dikatakan mengalami kecederaan parah pada bahu, tapak tangan dan belakang badan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya dekat sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan