Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran letupan paip gas di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

353 mangsa letupan paip gas Putra Heights terima bantuan kaunseling – Nancy

ByAmirah Shawel

PETALING JAYA, 7 April: Seramai 353 mangsa letupan paip gas di Putra Heights telah menerima bantuan kaunseling menerusi platform Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata hanya satu kes trauma serius yang dilaporkan daripada keseluruhan kes yang diterima.

Jelas beliau, kes itu melibatkan seorang kanak-kanak tidak memiliki tempat tinggal kerana kesemua ahli keluarganya dimasukkan ke hospital.

“Hanya peratusan kecil sahaja (menghadapi trauma), tidak ramai kerana yang betul-betul teruk sudah di hospital,” katanya.

Nancy ditemui media selepas menyantuni mangsa-mangsa letupan paip gas Putra Height di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Height di sini, hari ini.

Berhubung bantuan kementerian, Nancy memaklumkan seramai 14 orang kaunselor ditugaskan di PSSS tersebut pada setiap syif setiap hari.

Tambahnya, platform itu juga telah memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meneliti keperluan peribadi dan semasa mangsa-mangsa tersebut, selain mendengar keluhan mereka.

Sementara itu, mengulas keluhan segelintir mangsa yang tidak mahu tinggal di PPS lagi, Nancy menjelaskan perkara tersebut adalah di bawah agensi yang menguruskan perihal perumahan dan tempat tinggal.

“Ini bukan di bawah JKM. JKM hanya agensi yang mengkoordinasikan bantuan di PPS bersama-sama dengan agensi dan kementerian lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan