Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu masih belum ditemui pada Ahad selepas sebuah helikopter perkhidmatan perubatan kecemasan terhempas di laut di barat daya Jepun, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

3 hilang selepas helikopter perubatan terhempas di barat daya Jepun

ByBernama

TOKYO, 7 April: Tiga individu masih belum ditemui pada Ahad selepas sebuah helikopter perkhidmatan perubatan kecemasan terhempas di laut di barat daya Jepun, lapor Xinhua.

Menurut penyiar awam NHK, pada kira-kira 2.50 petang waktu tempatan, pengawal pantai dimaklumkan bahawa helikopter yang membawa enam individu itu sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Tsushima di Wilayah Nagasaki bagi membawa seorang pesakit ke sebuah hospital di Wilayah Fukuoka, sebelum dilaporkan hilang di luar pantai timur Tsushima.

Pasukan penyelamat kemudiannya menemukan helikopter itu yang terbalik dan terapung di laut pada kira-kira 5.05 petang waktu tempatan, sebelum menyelamatkan tiga individu, menurut laporan itu.

Kementerian Pengangkutan Jepun memaklumkan bahawa dua daripada tiga individu yang diselamatkan berada dalam keadaan sedar. Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa masih diteruskan.

Enam individu yang berada dalam helikopter itu terdiri daripada seorang juruterbang, mekanik, doktor dan jururawat serta seorang pesakit wanita berusia lingkungan 80-an dan seorang pengiring lelaki berusia lingkungan 60-an.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan