Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak Gaza. Foto fail AFP

Undang-undang antarabangsa lindungi kanak-kanak sekadar retorik di tengah-tengah genosid Israel

ByBernama

GAZA, 5 April:  Seorang pakar hak asasi manusia antarabangsa menyifatkan undang-undang dan perjanjian antarabangsa yang direka untuk melindungi kanak-kanak kini sekadar retorik berikutan jenayah berterusan dilakukan rejim Zionis Israel terhadap kanak-kanak Palestin, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Pengarah Program Akauntabiliti di Pertahanan Kanak-Kanak Antarabangsa, Ayed Abu Eqtaish dalam kenyataan berkata: “Jenayah ini berlaku secara terang-terangan di hadapan dunia tanpa sebarang campur tangan untuk melindungi mereka, sekali gus menjadikan undang-undang antarabangsa sekadar kata-kata di hadapan mesin penjenayah Israel.”

“Hari Kanak-Kanak Palestin tahun ini disambut dalam suasana jenayah dan pelanggaran undang-undang yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap kanak-kanak Palestin. Sejak permulaan pencerobohan Israel pada 7 Okt 2023, rejim Zionis telah membunuh kira-kira 200 kanak-kanak di Tebing Barat, selain jenayah terhadap kanak-kanak yang dipenjarakan di pusat tahanan Israel.”

Beliau berkata, pelanggaran undang-undang ini telah menjejaskan setiap hak kanak-kanak seperti yang diiktiraf dalam perjanjian antarabangsa, khususnya Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang sepatutnya menjamin penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak di zon konflik atau di bawah pendudukan tentera.

Abu Eqtaish menegaskan:“Di Gaza, tiada lagi hak yang tinggal buat kanak-kanak, sama ada hak untuk hidup, pendidikan, kesihatan atau lain-lain.” – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan