KUCHING, 6 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan kunjungan Aidilfitri ke kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah di Kuching, hari ini.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah di pekarangan kediaman tersebut pada pukul 10.24 pagi disambut Fatimah dan suami, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah.
Dalam kunjungan yang penuh kemesraan itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada rumah terbuka berkenaan.
Turut hadir Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman dan Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan.-TVS