KUCHING, 6 April: Program gaya hidup sihat (trim and fit) anjuran Bahagian Pengurusan bersama Balai Polis Sekama diadakan di Taman Perpaduan Kuching pada Jumaat
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa turut hadir memeriahkan program tersebut.
Menurut IPD Kuching dalam kenyataan, aktiviti dijalankan termasuk joging itu sebagai salah satu cara yang boleh memberikan manfaat kepada semua warga IPD Kuching.
“Ia bagi mencapai tahap kecergasan yang memuaskan supaya mampu melaksanakan tugas dengan baik,” menurut kenyataam tersebut.
Selain itu, aktiviti berkenaan dapat memupuk kesedaran dan menggalakkan warga kerja IPD Kuching mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus menangani masalah kesihatan termasuk obesiti serta dalam usaha mencapai BMI yang ideal.-TVS