Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas penghuni berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Kampung Bintawa Ulu daripada terbakar. Foto JBPM

Tindakan pantas penghuni selamatkan kediaman

KUCHING, 6 Apr: Tindakan pantas penghuni berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Kampung Bintawa Ulu daripada terbakar petang tadi.

Komander Operasi, Mohd Nizam Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.52 petang dengan menggerakkan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua bilik berkeluasan di tingkat atas sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat.

“Kebakaran telah dipadamkan oleh penghuni rumah daripada merebak ke kawasan lain sebelum anggota bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, peratusan kebakaran bagi rumah yang terlibat dianggarkan 30 peratus dan melibatkan perabot serta perkakas elektrik iaitu penghawa dingin.

“Tindakan anggota bomba di lokasi hanya memeriksa keselamatan lokasi dan memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan