Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto Mohamad Gustie (TVS)

SKAS dijangka diteruskan tahun depan

ByWilly Jali

KUCHING, 6 April: Bantuan Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini sebagai langkah berterusan kerajaan Sarawak memastikan setiap rakyat, terutama golongan rentan, mempunyai akses kepada keperluan asas.

“Komitmen ini selari dengan hasrat Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) yang mahu memastikan tiada rakyat negeri ini yang terputus bekalan makanan.

“Premier kata beliau mahu pastikan makanan terhidang atas meja…Sebab itu SKAS diperkenalkan, dan Insya-Allah akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya di Jalan Bakti di sini, hari ini.

Fatimah turut memaklumkan kerajaan sentiasa menilai dan memperbaiki kelemahan dalam inisiatif-inisiatif baharu seperti SKAS, termasuk aspek pendaftaran dan pengagihan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan