Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kyiv apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu, lapor Xinhua memetik pentadbiran tentera Ukraine. Foto fail AFP

Serangan udara dilaporkan di Kyiv – Tentera Ukraine

ByBernama

KYIV, 6 April: Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kyiv apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu, lapor Xinhua memetik pentadbiran tentera Ukraine.

Serangan udara itu menyebabkan kebakaran di kawasan bandar Darnytskyi dan Obolon, dan pasukan penyelamat sedang menuju ke lokasi kejadian, menurut pentadbiran tentera Kyiv dalam satu hantaran di platform media sosial Telegram.

“Letupan di ibu negara. Pertahanan udara sedang beroperasi. Sila berada di tempat perlindungan!

“Serangan peluru berpandu ke atas Kyiv masih berterusan,” kata Datuk Bandar Vitali Klitschko yang dipetik dalam laporan media di Telegram. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan