Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karim menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan. Foto Suara Sarawak

Sarawak perlukan lebih banyak hotel

KUCHING, 6 April: Sektor swasta perlu membangunkan lebih banyak hotel khususnya di bandar raya ini bagi menampung bilangan pelawat yang diyakini terus meningkat.

Memetik laporan Suara Sarawak, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan juga bersedia memudahkan kelulusan permohonan pembinaan hotel baharu itu agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya telah bercakap dengan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa jika ada permohonan untuk membina hotel dan sebagainya, tolong beri lebih pertimbangan.

“Ini kerana perancangan kita bukan hanya untuk tahun ini atau tahun depan tetapi ia adalah untuk lima hingga 10 tahun ke depan…kita tidak boleh berhenti, promosi pelancongan akan terus berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut Karim, trend kemasukan pelawat ke Sarawak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sangat luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata, pada Januari hingga Februari sahaja sudah merekodkan ketibaan pelawat seramai 810,345 orang.

“Bermaksud setiap bulan lebih 400,000 orang…biasanya bilangan ini kita hanya melihat selepas Jun tetapi sekarang kita melihatnya pada Januari,” ujarnya.

Sehubungan itu, Karim optimis kemasukan pelawat ke Sarawak akan meningkat lebih drastik selepas Jun sekali gus mencapai sasaran lima juta orang pada tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan