Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 anjuran Gabungan 5 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Miri malam tadi. Foto Alex Teo (TVS)

Resort Township dibangunkan di Beraya, Miri – Abang Johari

BySalasiah Safian

MIRI, 5 April: Resort Township akan dibangunkan secara berperingkat di kawasan Beraya, Miri di bawah Pelan Induk 10 Tahun,” kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Di sana dalam pelan ada kawasan untuk pusat pentadbiran, kedua kawasan untuk perumahan, ketiga sekolah antarabangsa di Beraya akan kita bangunkan tahun ini. Keempat, kawasan komersial, kelima kawasan hotel, keenam kawasan golf coast, ketujuh ialah Marina untuk kapal layar.

“Inilah apa yang akan berlaku di Beraya. Master plan (pelan induk) termasuklah kawasan perumahan dan konvensyen. Ia akan dibangunkan berperingkat-peringkat, ada master plan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 anjuran Gabungan 5 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Miri malam tadi.

Tambah beliau, ia akan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan raya, dan bekalan elektrik.

“Niah kita tingkatkan infrastruktur asasnya kerana ia adalah di bawah UNESCO. Kita tidak boleh memodenkannya tetapi waterfront memang kita laksanakan di Niah, dan juga keadaan niah yang akan kita naik taraf termasuk jalan raya tetapi untuk dikomersialkan tidak dapat kerana kalau tak UNESCO akan tarik balik tapak tersebut,” ujarnya lagi.

Pada 2024, Taman Negara Gua Niah telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam Mesyuarat ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia yang berlangsung di New Delhi, India, sekali gus menjadikannya tapak kedua seumpamanya di Sarawak selepas Taman Negara Gunung Mulu.

Tapak bersejarah itu mengandungi rekod terpanjang yang diketahui tentang hubungan manusia dengan hutan hujan tropika lebih 65,000 tahun lalu berdasarkan penemuan kajian beberapa universiti tempatan dan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan