Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan untuk menentukan sama ada wujud sebarang unsur jenayah berkaitan letupan paip gas sehingga menyebabkan kebakaran besar di Putra Heights. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Polis buka kertas siasatan tentukan unsur jenayah letupan paip gas

ByYusuf Shukri

SUBANG, 6 Apr: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan untuk menentukan sama ada wujud sebarang unsur jenayah berkaitan letupan paip gas sehingga menyebabkan kebakaran besar di Putra Heights.

Ujar beliau siasatan dilakukan dengan penggalian semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh kontraktor dengan kedalaman 2.1 meter (m) dari paras jalan raya.

“Kita mendapati kerja – kerja gali yang dilakukan oleh kontraktor tidak melebihi tiga meter sepanjang jalan dengan lebar korekan 1.5 meter.

“Pemasangan telah dilakukan sepanjang lebih 30 meter dan projek ini dipercayai akan disambung lagi.

“Kami dapati jarak antara paip kumbahan dan paip gas Petronas adalah kira-kira 1.6 meter. Walaupun demikian, keadaan fizikal paip tidak menunjukkan sebarang gangguan yang nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights, di sini, hari ini.

Pada 1 April lepas, kebakaran besar tercetus susulan letupan saluran paip gas bawah tanah yang terletak berdekatan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putra Heights.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran itu membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Berkenaan proses penggalian itu, Hussein Omar memaklumkan ia dipantau pihak polis dengan kerjasama Petronaliam Nasional Berhad (Petronas), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor dan kontraktor.

“Tiga jengkaut serta masing-masing satu jentolak dan ‘backhoe’ digunakan bagi menjalankan kerja-kerja penggalian yang masih diteruskan bagi meninjau saluran gas Petronas yang dipercayai berada pada kedalaman antara enam dan tujuh meter,” katanya.

Tambah beliau setakat ini tiada kontraktor atau mana-mana pihak disiasat berkaitan pelakuan jenayah dalam kes itu.

“Fokus kita ke arah punca kejadian dan apabila selesai kelak, kita akan perincikan siapa yang terlibat dan sebagainya.

“Tiada keperluan untuk saya menamakan mana-mana syarikat dan individu buat masa ini,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan