Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perak FC mempamerkan kebangkitan dramatik apabila mengejutkan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 dalam aksi Liga Super 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini. Foto Perak Football Club (FB)

Perak kejutkan KL City, curi tiga mata di Cheras

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Apr: Perak FC mempamerkan kebangkitan dramatik apabila mengejutkan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 dalam aksi Liga Super 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

KL City terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Paulo Josue, pada minit ke-31.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Bos Gaurus terus berusaha mencari ruang untuk menyamakan kedudukan pada babak pertama perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Memasuki babak kedua, anak buah Yusri Che Lah dilihat lebih terdesak memburu gol penyamaan menerusi beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol lawan, sebelum dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Luciano Guaycochea pada minit ke-77.

Azfar Fikri Azhar kemudian muncul wira Perak FC apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-81, sekali gus membantu pasukannya mengumpul 27 mata dan berada di kedudukan ketujuh selepas 22 perlawanan.

KL City pula kekal di tangga keenam dengan 28 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan