Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Pastikan bangunan lama selamat didiami

KUCHING, 6 April: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan lama bagi memastikan ia selamat didiami.

Memetik laporan Suara Sarawak, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bagi mengelak berlakunya runtuhan struktur bangunan lama seperti di Jalan Padungan awal pagi hari ini yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian.

“Kali ini memang tidak ada yang maut atau cedera tetapi kita tidak mahu ia berlaku lagi yang mungkin boleh menyebabkan kematian dan juga kecederaan.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab memeriksa bangunan-bangunan yang dibina dalam era yang sama agar tidak berlaku lagi perkara macam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai runtuhan dinding sebuah bangunan kedai cat di Jalan Padungan ketika ditemu bual sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kementeriannya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Karim menyifatkan runtuhan itu sebagai ‘sudah tiba masanya’ bagi bangunan tersebut kerana ia sudah terlalu lama.

“Kemungkinan simennya sudah rapuh dan sebagainya, tapi ia tidak ada kena mengena dengan gempa bumi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Karim berkata, kawasan di Jalan Padungan yang juga digelar sebagai China Town itu dengan bangunan-bangunannya sudah berusia lebih 100 tahun belum lagi diwartawakan sebagai tapak warisan.

“Setakat ini, kita tidak wartakan satu zon tapi lebih kepada bangunan-bangunan tertentu misalnya muzium dan bangunan-bangunan lama,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan