Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran

Panggilan kecemasan di Sarawak catat penurunan

ByConnie Grace

KUCHING, 6 April: Jumlah panggilan kecemasan semasa enam hari sambutan Aidilfitri tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu yang dicatatkan di Sarawak menurun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran berkata, sebanyak 132 panggilan kecemasan diterima sepanjang enam hari Syawal 2025 berbanding 135 panggilan pada tahun 2024.

“Daripada 135 panggilan pada tahun 2024, 31 adalah panggilan kebakaran dan 104 panggilan penyelamatan.

“Manakala bagi tahun 2025, daripada 132 panggilan, 36 melibatkan kebakaran dan 96 merupakan panggilan penyelamatan,” katanya ketika dihubungi TVS bagi mengulas mengenai statistik panggilan kecemasan berkaitan kebakaran di Sarawak pada Ahad.

Bagi kategori kebakaran tahun ini, Jamri menjelaskan, sebanyak empat kes melibatkan kebakaran struktur, sembilan kes kebakaran kenderaan manakala 26 kes adalah pembakaran terbuka.

Sementara itu, menurutnya, pada tahun 2024, terdapat empat kes kebakaran struktur, empat kebakaran kenderaan dan 23 pembakaran terbuka.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan ancaman kepada keselamatan.

“Nasihat saya kepada masyarakat agar mengelakkan pembakaran terbuka supaya tiada kemudaratan berlaku,” ujarnya. TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan