Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kadun Jawi 2025 di sini hari ini.Foto Bernama

P. Pinang tingkat penguatkuasaan aktiviti ceroboh loji gas asli

ByBernama

NIBONG TEBAL, 6 April: Pulau Pinang akan meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aktiviti pencerobohan di kawasan loji jana kuasa asli negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hal ini kerana pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang ramai seperti insiden kebakaran saluran gas Putra Heights di Subang Jaya, Selangor, Selasa lepas.

Beliau berkata dua tahun lepas Pulau Pinang pernah berhadapan dengan situasi pencerobohan berdekatan loji jana kuasa gas asli di Perai apabila ada pihak yang mengambil kesempatan membina rumah ibadat di kawasan berkenaan.

“Memang dua tahun dahulu kita (Kerajaan Pulau Pinang) pernah menguruskan satu kes pencerobohan dan pembinaan tempat ibadat di atas saluran paip Petronas.

“Kita ambil tindakan penguatkuasaan yang begitu tegas sebab ini isu keselamatan yang tidak ada tolak ansur seperti yang dibuktikan dengan insiden di Putra Heights yang membawa impak begitu besar.

“Sehubungan itu, saya harap penguatkuasaan terhadap sebarang pencerobohan perlu dipertingkatkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi di Gelanggang Sepak Takraw Bagan Buaya Changkat di sini hari ini.

Pada masa ini terdapat dua loji jana kuasa gas asli di Pulau Pinang iaitu di Perai dan Gelugor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan