Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki. Foto fail AFP

Mesir tolak pengusiran rakyat Palestin, beri amaran terhadap kebisuan dunia

ByBernama

KAHERAH, 6 April: Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Perkara itu disuarakan dalam pertemuan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty bersama delegasi daripada Pergerakan Fatah Palestin, ketika mereka membincangkan situasi semasa di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat susulan peningkatan ketara tindakan ketenteraan oleh Israel.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menegaskan bahawa Abdelatty sekali lagi menyatakan penolakan Mesir terhadap usaha Israel untuk melemahkan perpaduan wilayah Palestin dan memisahkan Semenanjung Gaza daripada Tebing Barat.

Mesir turut mengecam pencerobohan berterusan Israel terhadap Gaza dan Tebing Barat, dasar agresif yang diamalkan di rantau itu serta penggunaan kekuatan ketenteraan secara tidak seimbang yang jelas bercanggah dengan prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Abdelatty turut menegaskan penolakan Mesir terhadap tindakan keterlaluan yang berterusan oleh pihak penjajah Israel terhadap orang awam serta sikapnya yang bertindak seolah-olah berada di atas undang-undang.

Jika Israel terus mengamalkan pendekatan sedemikian, ia akan meletakkan lebih banyak halangan terhadap usaha kewujudan bersama secara aman dalam kalangan rakyat di rantau ini, sekali gus memberi kesan buruk terhadap keselamatan, kestabilan dan peluang untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Abdelatty membincangkan pelan pembinaan semula Semenanjung Gaza oleh negara-negara Arab dan Islam, serta menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuh perpaduan Palestin dan peranan penting pihak berkuasa nasional Palestin dalam merealisasikan aspirasi rakyat Palestin.

Ini termasuk usaha mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu Palestin menerusi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan