Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Landasan kereta api Yangon-Mandalay, Lapangan Terbang Mandalay kembali beroperasi selepas gempa bumi. Foto media sosial

Landasan kereta api Yangon-Mandalay, Lapangan Terbang Mandalay kembali beroperasi selepas gempa bumi

ByBernama

YANGON, 6 April: Perkhidmatan landasan kereta api Yangon-Mandalay dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay dibuka semula selepas ditutup susulan kerosakan akibat gempa bumi kuat yang melanda pada 28 Mac lalu, Xinhua memetik laporan akhbar rasmi The Global New Light of Myanmar pada Ahad.

Gempa bumi itu merosakkan 60 benteng dan 11 jambatan kereta api di sepanjang laluan Yangon-Mandalay, selain menyebabkan beberapa bahagian landasan menjadi bengkok.

Myanma Railways memulakan kerja pembaikan segera menggunakan tenaga kerja, jentera serta logistik, menurut laporan itu.

Bagi menjamin keselamatan operasi, siri ujian laluan dilakukan menggunakan kereta api kargo pada 3 April dan kereta api penumpang pada 4 April, manakala perkhidmatan kereta api disambung semula pada pagi 5 April.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api di laluan Yangon-Pyay dan Yangon-Mawlamyine masih beroperasi seperti biasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay kembali beroperasi untuk penerbangan domestik bermula 4 April.

Sehingga 5 April, empat syarikat penerbangan tempatan telah mengendalikan 13 penerbangan, melibatkan 972 penumpang — 399 ketibaan dan 573 perlepasan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan