Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta milik seorang pengawal keselamatan terbakar ketika sedang di parkir di Lorong Lanang 9 awal pagi tadi

Kereta milik pengawal keselamatan terbakar

SIBU, 6 April: Kereta milik seorang pengawal keselamatan terbakar ketika sedang di parkir di Lorong Lanang 9 di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Omar Ali Saifudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.23 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang sedang di parkir telah terbakar keseluruhan.

“Turut terjejas pondok pengawal yang terbakar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air daripada jentera.

“Kebakaran tidak melibatkan kecederaan, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan