Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kehakiman mengeluarkan visa F-2 kepada seorang kelasi Indonesia yang dikenali sebagai Sugianto kerana membantu menyelamatkan kira-kira 60 warga emas daripada kebakaran hutan di Daerah Uiseong, Wilayah Gyeongsang Utara. Foto media sosial

Kebakaran hutan: Korea Selatan beri status pemastautin kepada 3 warga Indonesia

ByBernama

SEOUL, 6 April: Kerajaan Korea Selatan pada Ahad memutuskan untuk memberikan status pemastautin jangka panjang kepada tiga warga Indonesia yang membantu memindahkan warga emas semasa kebakaran hutan baru-baru ini di wilayah tenggara negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kementerian Kehakiman sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan visa F-2 kepada seorang kelasi Indonesia yang dikenali sebagai Sugianto kerana membantu menyelamatkan kira-kira 60 warga emas daripada kebakaran hutan di Daerah Uiseong, Wilayah Gyeongsang Utara.

Visa F-2 yang menjamin status pemastautin jangka panjang kepada pemegangnya boleh diberikan oleh menteri kehakiman kepada warga asing yang telah membuat “sumbangan khas” kepada Korea Selatan atau diiktiraf atas peranannya dalam mempromosikan kepentingan awam.

“(Kerajaan) telah memutuskan untuk memberikan status pemastautin untuk sumbangan khas kepada tiga warga Indonesia yang membantu memindahkan warga emas daripada kawasan kebakaran hutan,” kata Timbalan Ketua Pusat Kawalan Bencana, Lee Han-kyung.

Selain Sugianto, maklumat mengenai dua lagi warga Indonesia berkenaan tidak didedahkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan