Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaringan pemain sayap Selangor Alvin Fortes pada dua minit terakhir perlawanan memastikan pasukan Gergasi Merah meraih tiga mata apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 dalam aksi Liga Super. Foto: Selangor FC (FB)

Fortes wira Selangor FC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 April: Jaringan pemain sayap Selangor Alvin Fortes pada dua minit terakhir perlawanan memastikan pasukan Gergasi Merah meraih tiga mata apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 dalam aksi Liga Super hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tuan rumah memulakan perlawanan dengan garang apabila melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang lawan seawal permainan.

Namun, kecemerlangan penjaga gol TFC Rahadiazli Rahalim berjaya memastikan kubu skuad Penyu terus kebal daripada dibolosi.

Terengganu hampir membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama, namun rembatan pemain sayap Safawi Rasid pada minit ke-41 hanya sekadar menggegarkan tiang gol Selangor, menyaksikan kedua-dua pasukan melangkah ke bilik persalinan tanpa sebarang jaringan.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan aksi seimbang apabila saling bertukar serangan bagi mencari gol pertama perlawanan.

Jaringan pertama perlawanan akhirnya berjaya diraih Selangor pada minit ke-88 menerusi Fortes yang menyambut hantaran lambung Faisal Halim sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Rahadiazli untuk memastikan kemenangan mutlak 1-0 berpihak kepada Selangor.

Keputusan itu menyaksikan Selangor FC, kendalian Katsuhito Kinoshi, mengekalkan status sebagai naib juara musim ini selepas mengumpul 49 mata, manakala Terengganu pula berada di kedudukan keempat dengan 32 mata.

Sementara itu, di Stadium Paroi, Seremban, Penang FC menewaskan Negeri Sembilan FC 2-0.

Dua gol tersebut dijaringkan Rahmat Makasuf pada minit ke-13 dan sepakan penalti yang disempurnakan Rafael Vitor pada penghujung perlawanan, sekali gus mengecewakan pasukan tuan rumah.

Kemenangan Penang FC itu menyaksikan pasukan dari utara ITU kekal berada di tempat kesembilan dengan mengumpul 23 mata, manakala Negeri Sembilan menghuni tangga kedua tercorot dengan 13 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan