Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Bintulu salah satu kluster industri tenaga rendah karbon

BySalasiah Safian

BINTULU, 6 Apr: Bintulu diiktiraf sebagai salah satu kluster industri berteraskan tenaga rendah karbon yang semakin berkembang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dunia luar turut melihat Bintulu sebagai pusat pembangunan industri berteraskan tenaga boleh diperbaharui.

“Kedatangannya (pihak luar) adalah khas untuk Sarawak dan dalam pertemuan tersebut mereka melihat pembangunan Sarawak dari sudut pembangunan ekonomi baharu yang berteraskan kepada tenaga boleh diperbaharui.

“Mereka melihat Bintulu sebagai pusat pembangunan industri yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan industri berasaskan kepada low carbon footprint. Ini sejajar dengan kehendak dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, perkara tersebut dikongsikan kepada beliau oleh pegawai kanan World Economic Forum (WEF) dari Geneva.

“Berdasarkan maklumat pegawai tersebut, hanya empat sahaja tempat di dunia dan satu-satunya di Malaysia adalah di Bintulu.

“Jadi disebutnya dengan saya ini adalah kluster industri yang berkembang di dunia. Maknanya mereka mengiktiraf Bintulu sebagai satu-satunya kluster industri yang berkembang berteraskan kepada tenaga rendah karbon,” ujarnya.

Dengan pengiktirafan tersebut, ia menyaksikan Sarawak setanding dengan negara maju.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan